Utama

Tuesday, July 6, 2010

JOM ke langkawi


Aktiviti minggu ni,kami semua nak ke Langkawi....lawatan sambil belajar dari 7 July-9 Julai/2010

Alhamdullilah akhirnya lawatan sambil belajar ke pulau langkawi ini dapat juga dilaksanakan walaupun pelbagai rintangan telah dilalui....hampir 3 bulan perancangan ini dilakukan dari penempahan tiket kapal terbang sampailah ke tempat penginapan rintangan yang kami lalui kami terima sebagai salah satu cabaran kami. kesemua guru2 PK SKKJ memberikan kerjasama yang tidak ternilai harganya...dan ini mewujudkan hubungan silatulrahim yang amat rapat dikalangan guru-guru PK SKKJ.

murid-murid kami sangat teruja untuk menaiki kapal terbang, sehinggakan hampir setiap hari bertanya keadaan di Kapal Terbang,dan mereka benar-benar nekad menyimpan duit dalam tabung sendiri...keadaan ini mewujudkan sikap suka menabung. walaupun tidak semua murid-murid dapat pergi cenderamata untuk murid-murid yang tidak pergi juga kami sediakan.

semasa di Langkawi guru-guru tidak tidur berasingan dengan murid-murid malahan tidur satu bilik dengan semua murid-murid keadaan ini mewujudkan hubungan yang rapat antara murid dan berkongsi perasaan gembira dengan mereka lebih-lebih lagi anak-anak murid kami bukanlah dikalagan golongan hartawan yang memungkinkan mereka dapat merasai menaiki kapal terbang.

kami telah merancang lawatan ini dengan teliti iaitu agar agar murid-murid dapat merasai pelbagai pengankutan seperti kapal terbang,bas, dan feri. kami sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian anak-anak murid kami agar tidak ketinggalan dengan dunia perhugungan sekarang yang lebih canggih....

antara tempat-tempat lawatan yang kami jejaki ialah SK padang Ahmad,Cable Car,dan Underwater World. perjalanan 2 hari 2 malam memberikan kami banyak pengalaman yang terindah.




1 comment:

  1. salam perkenalan dan cantik serta ceria blog ini...

    Langkawi memang best kan... :)

    ReplyDelete

Gotong Royong Taman Herba